NAMA KUMPULAN : SATU MALAYSIA
AHLI KUMPULAN : -HO CHIA MIN (08DKA14F1012)-NORFARHANIS BINTI ZUHAR 08DKA14F1020)
-MUHAMMAD ANAS DANIEL BIN MOHD NAZERI (08DKA14F1056)
-PUSPA LATHA A/P SUBRAMANIAM (08DKA14F1084)
-RANJINI A/P RAGAUEN (08DKA14F1124)
TAJUK : ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MALAKA DARI SEGI POLITIK, EKONOMI DAN PENDIDIKAN
PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAN
SESI : JUN 2014
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN AWAN
NAMA PENSYARAH : PN MASITAH BINTI MOHD ALI
ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MALAKA
DARI SEGI POLITIK, EKONOMI DAN PENDIDIKAN
PENGENALAN
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara pada ke-15. Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara,seorangan raja Srivijaya dari Palembang.Parameswara telah memerintah pada tahun 1400 hingga 1414.
Nama asal Melaka diambil semasa Parameswara berteduh dibawah sepohon pokok malaka. Semasa itu, seekor kancil putih menendang anajing-anjing raja. Parameswara berasa kagum dan mengiktiraf kawasan tersebut sebagai Negeri Melaka.
Selepas Parameswara memeluk Islam, pemerintahnya digelar 'Sultan' dan 'Syah'.
SULTAN
Bilangan Nama Pemerintah Tahun Pemerintah
1 Parameswara/Iskandar Syah 1400-1414
2 Sultan Megat/Makota Iskandar Syah 1414-1424
3 Sultan Muhammad Syah 1424-1444
4 Sultan Abu Syahid 1444-1445
5 Sultan Muzaffar Syah 1445-1456
6 Sultan Mansur Syah 1456-1477
7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488
8 Sultan Mahmud Syah 1488-1510 & 1513-1528
9 Sultan Ahmad Syah 1510-1513
ISI
POLITIK
SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEhH6-x5jcFB4AkSg7896aX3_Sle99NJIfzeoVmOlfyeslQ6Pmp4xsyP-6GeRQjLWh3uXgvE8GzyvdyWPFvngrHSduWFTh73HGGPm6cS321fskObQkaynsto-ej_4srAMpDDG8Cd5Km0TAXj8qq9Bcx_zefu3qXV-4q6UiF6SROZIkXAUoBDfGsyZZ_XkbN-EprxjWlQc0qx9JKlQZm-vNOQ9UNFv1S9HEubD2hb8S2B=)
Sistem pentadbiran di Melaka mempunyai susun lapisan pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah tergolong daripada Raja atau Sultan, kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan daripada golongan yang diperintah pula terdiri daripada artisan, para pedagagan ,rakyat biasa dan hamba. Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parmeswara yang bijak memerintah dna mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana Parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara merancang skema untuk memajukan Melaka.
Dalam mengawal dan menstabilkan politik, Sultan memainkan peranan yang terpenting. Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak, hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara. Contohnya, Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka. Pelantikan Sultan adalah berdasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kejayaanya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:
PEMBESAR UTAMA
Bendahara
- Sebagai bapa mentua raja.
- Menteri utama yang menyamai peranan Perdana Menteri sekarang.
- Bertindak sebagai penasihat kanan raja .
- Berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja.
- Pemangku raja semasa ketiadaan raja .
- Bertindak sebagai ketua hakim sekiranya raja tidak.
- Pemilih dan pelantik raja.
- Menguruskan soal pentadbiran negeri dan jajahannya.
- Orang kedua terpenting dalam angkatan tentera selapas raja.
Penghulu Bendari
- Mengawal pembendahara negara.
- Bertanggungjawab memugut cukai dan hasil negara.
- Menyimpan daftar hamba raja.
- Ketua semua syahbandar.
- Bertanggungjawab soal adat istiadat dan sagara hal ehwal berkaitan dengan istana.
Temenggung
- Pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan.
- Digelar juga sebagai Ketua Polis Negara
- Pendakwa raya sekiranya berlaku kesalahan individu yang berbukti.
- Ketua protokol dalam soal adat istiadat.
Laksamana
- Pahlawan dalam peperangan, terutama di laut.
- Digelar 'raja di laut'.
- Mengetuai semua pahlawan kerajaan.
- Memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi.
- Diplomat dan membawa utusan kerajaan.
- Pengawal peribadi diraja.
Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan.Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir . Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata ,"...with my wife and house."Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda (Megat Iskandar Syah) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai 'memerintah istiadat takhta kerajaan baginda'. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah menwujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melatih para bentara yang bertugas di Balairung dan melatih para biduanda. Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M). Beliau dikatakan telah 'meagatur takhta kerajaan baginda'.Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana ,memastikan berbagai-bagai bidnag kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, menformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol. Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks.Oleeh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mangawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan .Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.
Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemenrintahan Sultan Mansor Syah (1456-1477). Jawatan ini pada awalnya 'ditempelkan' oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.
Menurut huraian diatas jelaskan bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara.
EKONOMI
Dari segi geografi, Melaka terletak di kawasan strategik di muara sungai di Selat Melaka yang menjadi tempat pertemuan semula jadi kapal-kapal perdagangan antara Arab-India dan China-Jepun. Melaka menjadi tempat persinggahan utama pertukaran monsun Timur Laut yangbertiup pada bulan November hingga April dan angin monsun Barat Daya bertiup pada bulanMei hingga Oktober. Melaka yang dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera menjadikan laut Selat Melaka tidak bergelora. Pesisiran pantai ditumbuhi pokok bakau api-apimengelak hakisan dan perairan yang dalam sesuai dijadikan pelabuhan.Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah, bijih timah, emas dan pelbagai hasilhutan di kawasan pedalaman. Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Pulau Jawa danKepulauan Melayu yang lain mempunyai pelbagai hasil yang telah lama diperdagangkan.Barang-barang ini amat diperlukan sebagai barang dagangan Arab, Parsi, India dan Chinauntuk dijual kepada pedagang-pedagang asing di tempat lain.Pemerintah Melaka menyusun Sistem Syahbandar atau Pegawai Pelabuhan untuk menjagakebajikan, keselamatan dan pengurusan perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik untuk urusan perdagangan yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar Gujerat,saudagar Benggala, Pegu dan Sumatera Utara, saudagar Kepulauan Melayu dan saudagar negeri China, Indo-China dan Luzon. Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan membaikikapal, tempat penginapan para pedagang, bekalan makanan dan air bersih serta gudangpenyimpanan barang yang selamat.Sistem cukai yang teratur dan adil memberi faedah besar kepada pedagang asing dantempatan. Kemudahan lain turut digunakan seperti piawai timbangan. Pegawai penguatkuasadilantik oleh kerajaan Melaka bagi pemantauan undang-undang pelabuhan dijalankan secaraadil dan saksama bagi mengelakkan penipuan, penindasan serta diskrimansi. Pedagang-pedagang dengan rela hati datang ke Melaka tanpa perlu dipaksa seperti berlaku semasapemerintahan Srivijaya.Kestabilan politik, pengurusan pelabuhan sistematik dan jaminan keselamatan menyebabkansaudagar-saudagar asing optimis dengan keuntungan perdagangan yang mereka perolehidengan membuat pelaburan di Melaka. Saudagar-saudagar yang kaya dari Arab, Parsi, Indiadan China telah mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankanperdagangan pemborong. The Suma Oriental menyebut, pada tiap-tiap tahun, berpuluh-puluhbuah jong pedagang Cina berniaga di pelabuhan Melaka.
PENDIDIKAN
Pengaruh Islam dalam bidang pendidikan
• Agama dan ilmu pengetahuan merupakan dua angkubah yang saling berkait dan pengaruh mempengaruhi, boleh diibaratkan sebagai roh dengan jasad bagi sesuatu badan. Tidak bergerak jasad tanpa roh begitu juga tidak berfungsi roh tanpa jasad. Tidak sempurna iman seseorang tanpa ilmu pengetahuan begitu juga tidak berperanan ilmu secara hakikinya tanpa iman.
• Di Melaka, sultannya yang pertama, Megat Iskandar Shah 1414 Masihi hingga sultan-sultan yang akhir sebelum tahun 1511 Masihi begitu mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam.
• Bukan sahaja rumah-rumah, masjid dan surau berperanan sebagai pusat pengajian Islam bahkan juga istana-istana sultan. Fungsi istana selain dari tempat belajar dan bermuzakarah ianya berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku.
• Rakyat digalakkan belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas agama.
• Hasil dari kegiatan pengajian Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan. Dikatakan Raja Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488 Masihi) sendiri adalah seorang ulama.
• Pengajian Islam di Melaka sudah sampai ke tahap yang tinggi dan ianya bukan menjadi peringkat pengajian yang semata-mata diletak ke bahu rakyat bahkan golongan raja-raja dan pembesar sama-sama terlibat. Berpunca dari kemajuan ilmu pengetahuan itulah menjadikan Melaka begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam di samping menjadi pusat penyibaran Islam yang terpenting di Asia Tenggara ketika itu.
• Agama Islam menyebabkan lahir satu pendidikan yang teratur dan sistematik. Pendidikan agama yang diajar di masjid dan surau dikembangkan menjadi pendidikan yang lebih praktikal, yang dikenali sebagai sekolah pondok. Sistem pendidikan pondok menjadi asas kepada masyarakat di Nusantara untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam pendidikan Islam.
• Dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511 Masihi, Acheh mengambilalih menjadi pusat pengajian Islam yang dinamis di rantau ini. Kemajuan dan perkembangan pelajaran dan pendidikan di Acheh merupakan satu kesinambungan yang diasaskan oleh kerajaan Perlak dan Pasai sebelumnya. Para ulama dipandang tinggi sehingga seseorang ulama boleh memangku jawatan sultan bila ia mangkat sebelum dilantiknya sultan yang baru. Kedudukan ilmu pengetahuan begitu penting di Acheh, di mana ia dijadikan syarat bagi seseorang calon untuk memegang sesuatu jawatan dalam kerajaan. Selepas zaman kegemilangan Acheh, pelajaran dan pendidikan Islam tersibar melalui pusat-pusat pengajian di Jawa, Riau, Banjar, Patani, Kedah, Kelantan dan sebagainya.
RUMUSAN/CADANGAN
Kesimpulannya, kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari segi politik, ekonomi dan pendidikan.
Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.
Kesan dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.
RUJUKAN
INTERNETwww.youtube.com/watch?v=yOrgHcMoAzw
http://sejarahmelakabukuteks.blogspot.com/2012/06/kegemilangan-melaka.html
BUKU
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1:Ahamad Fawzi Bin Mohd.Basri , Fo'ad Bin Sakdan , Azami Bin Man-tahun2009
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1:Ahamad Fawzi Bin Mohd.Basri , Fo'ad Bin Sakdan , Azami Bin Man-tahun2009
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 5 : Ramlah Adam, Shakila Parween Yaacob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil-tahun 2010
PENGAJIAN MALAYSIA : Dr.Mardiana Nordin, Hasnah Hussin -tahun 2014